Rusuhan Rusuhan Nika

Peta kawasan istana, dengan hipodrom dan Aya Sophia

Pada 13 Januari 532 TM, orang ramai yang marah berkumpul di hipodrom untuk perlumbaan[petikan diperlukan] di sebelah kawasan istana tempat Justinianus sedang menonton. Orang ramai menghina Justinianus sepanjang hari, dan pada akhir perlumbaan ke-22, daripada menyorak "Biru" atau "Hijau" mereka semua mula melaungkan Nίκαcode: grc is deprecated "Nika" ("Kemenangan!" atau "Tawan!") dan menyerang istana.[petikan diperlukan] Selama lima hari, istana dikepung dan kebakaran yang tercetus waktu itu memusnahkan sebahagian besar bandar itu, termasuklah gereja utama mereka, Aya Sophia (yang Justinianus akan membina semula nanti).

Beberapa orang senator melihat ini sebagai peluang untuk menggulingkan Justinianus kerana mereka menentang cukai barunya dan dia kurang menyokong golongan bangsawan.[petikan diperlukan] Perusuh tadi, kini bersenjata dan mungkin dikawal oleh sekutu mereka di dalam Dewan Senat, juga menuntut Justinianus memecat pegawai pentadbir Ioannis dari Kappadokia dan quaestor Tribonianus. Mereka kemudian mengisytiharkan seorang maharaja baru, Hypatius, anak saudara bekas Maharaja Anastasius I.[petikan diperlukan]

Justinianus terfikir untuk melarikan diri tetapi isterinya Theodora meyakinkan dia untuk tidak melakukannya dengan berkata, "Dia yang telah memakai mahkota tidak patut teruskan hidup jika kehilangannya. Saya tidak mahu melewat hari yang saya tidak disapa sebagai permaisuri."[11] Theodora juga berkata, "Sesiapa yang telah dilahirkan ke dalam cahaya matahari pasti suatu hari akan mati; dan mana patut seorang Maharaja membiarkan dirinya menjadi seorang pelarian."[12] Walaupun terdapat cara untuk Justinianus melarikan diri melalui laut, Theodora berkeras akan tinggal di bandar itu, memetik pepatah Yunani, "Kedirajaan ialah kain kapan yang indah," atau mungkin, "Ungu ialah kain kapan yang indah." Ungu ketika itu ialah warna kebesaran diraja.[13]

Justinianus membuat rancangan melibatkan Narsis, seorang sida yang terkenal, dan jeneral Belisarius dan Mundus. Dengan membawa emas daripada Justinianus, sida yang kecil itu memasuki hipodrom sendirian tanpa bersenjata. Narsis pergi terus ke seksyen Biru, di mana dia mendekati puak Biru dan mengingatkan mereka bahawa Justinianus sentiasa menyokong mereka berbanding Hijau. Dia juga mengingatkan mereka bahawa Hypatius, lelaki yang mereka mahkotakan, merupakan seorang Hijau. Dia mengagihkan emas itu dan pemimpin Biru berbincang secara senyap antara satu sama lain dan dengan pengikut-pengikut mereka. Semasa permahkotaan Hypatius, ramai Biru meninggalkan hipodrom itu, manakala Hijau tinggal. Kemudian, tentera maharaja yang diketuai oleh Belisarius dan Mundus menyerbu hipodrom, membunuh semua yang tinggal tanpa mengira kesetiaan mereka.[12]

Kira-kira tiga puluh ribu orang dilaporkan terbunuh.[14] Justinianus menghukum mati Hypatius dan membuang senator-senator yang menyokong rusuhan itu ke luar negeri. Dia kemudian membina semula Konstantaniah dan Aya Sophia dan bebas untuk memerintah.

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Rusuhan Nika http://cliojournal.wikispaces.com/Justinian+and+th... http://www.fordham.edu/halsall/source/procop-wars1... http://penelope.uchicago.edu/~grout/encyclopaedia_... //www.worldcat.org/oclc/1007044617 //www.worldcat.org/oclc/294885267 https://books.google.com/books?id=Ln1GAQAAIAAJ https://books.google.com/books?id=XaCYAAAAMAAJ https://books.google.com/books?id=mWEOAAAAQAAJ&q=a... https://penelope.uchicago.edu/Thayer/E/Roman/Texts... https://archive.org/details/belisariuslastro00ianh